Nuffnang ads

Monday, March 12, 2012

Yonex Voltric 70 vs Li-Ning Flame N55





Sedikit maklumat mengenai reket yang aku pakai.
Pemilihan reket yang sesuai untuk diri sendiri amat sukar. Memerlukan penelitian tajam, percubaan yang agak lama dan yang paling penting spesifikasi reket.

selain daripada itu kita perlu mengetahui jenis permainan kita bila bermain bergu. Adakah kita jenis 'pengumpan' atau 'pembunuh'? Adakah 'defensive' atau 'attacking' player? Faktor - faktor ini akan meberi jawapan yang lebih jelas dan tepat dalam pemilihan spesifikasi reket.

Sebagai pemahaman,dibawah aku senaraikan (tidak mengikut ranking) beberapa contoh pemain jenis pengumpan dan pembunuh bagi memberi gambaran yang lebih jelas

Negara--Pengumpan--Pembunuh







Malaysia--Kong Khoo Kiat-- Tan Boon Heong
Korea-- Lee Yong Dae-- Jung Jae Sung
China-- Foo HaiFeng-- Cai Yun
Indonesia-- Hendra Setiawan-- Markus Kido
Denmark-- Mathia Boe-- Carsten Mogensen



Disini aku cuba bandingkan antara Yonex Voltric 70 (V70) dengan Li-Ning Flame N55 (N55).



Spesifikasi V70 adalah seperti berikut

* Flex: Medium
* Frame Composition: H.M. Graphite, Sound Filter, Tungsten
* Shaft Composition: H.M. Graphite, Ultra PEF
* Weight: 4U (80-84.9g)

Aku secara peribadi lebih gemar memakai grip yg lebih kecil.. jadi aku pakai kombinasi Grip G5 dan Berat 4U. Terlebih dahulu sebelum ini aku pakai Yonex Armotech 700 (AT700). Sampai sekarang aku rasa tiada lagi reket sehebat AT700.

Berbalik kepada V70, reket ini berat dibahagian kepala (head) yang sesuai untuk power player atau pon yang suka smash. Jika kita lihat player Malaysia seperti koo kien kiat juga memakai reket ini. Dia adalah player maker utk memancing bola bagi Tan Boon Heong melakukan smash.

V70 aku pernah berlaga 2-3 kali semasa bermain.. namun tidak patah.. cuma serpih sedikit. Menunjukkan frame V70 adalah kuat.

Spesifikasi N55




Flex: Stiff
Head: Square/Isometric
Weight: 84-89gm(3U-)
Head: Carbon Graphite, TB Nano Powertec, PCF Reinforcing Technology, DF Shock Absorption System
Shaft: Carbon Graphite, HB Shaft


Player yang memakai reket ini ialah Chen Jin. Walaupon reket N55 II telah lama dipasarkan, namun pemain ini masih memakai N55. Secara peribadi, aku merasakan reket ini juga berat kepala. Berat reket yang sama dengan V70. Namun 'feeling' V70 adalah lebih berat. Mungkin disebabkan oleh balance point yang berbeza dimana N55 ialah 7 manakala V70 ialah 8. Maka tidaklah hairan jika V70 dirasakan lebih berat.

V70 shaft adalah medium manakala N55 stiff. Tidak banyak perbezaan kecuali player adalah hard hitter.

Rumusan



Secara keseluruhan aku lebih cenderung untuk menggunakan V70 berbanding N55. Mungkin kerana aku selalu bermain acara bergu dan sememangnya V70 direka untuk pemain bergu. Oleh kerana N55 sedikit ringan drp V70, aku hanya akan memakainya jika rasa penat ( tapi masih nak main lagi :p) atau ketika tangan sakit.

No comments:

Post a Comment